Assalamualaikum..
Semuanya bermula dengan satu malam , lepas upgrade tesla , tiba2 teringat dekat blog ni.. hmm.. DZUL 2009..
Aku masih form 3 waktu tu.. akal pendek lagi.. sekarang aku dah 23.. and cuba teka? Akal aku masih pendek lagi..
Dalam satu malam aku habis baca nukilan2 lama. Dalam kepala otak aku , damn dzul, kenapa kau tak jadi macam yang kau rancang? Teringat lagi dulu cita2 nak jadi cikgu. Ada orang potong bawang bro.
So , apa yang jadi dekat aku selepas 7 tahun ? Life aku flip sangat ke? walau tak ada yang nak baca , ni beberapa facts mengenai si dzul2009 ..
-masih belajar di Unisel. Tengah berusaha nak tamatkan degree. InshaAllah kalau tak ada apa, pertengahan tahun depan selesai belajar.
-last sem aku failed . Sekarang aku berusaha kais pagi makan pagi kais ptg mkn ptg untuk bayar fees unisel. Tapi rasanya aku lagi banyak makan daripasa kais.
-aku meniaga char kuay teow. rasa lah char kuayteow ini dengan rendangnya sekali sudilah rasa kuihku pilih lah yang mana satu! Melalut
-aku jugak buat part time sinematografi majlis perkahwinan. Atau dalam bahasa kasar , amek video masa org kahwin.
-punyai masalah jati diri yang teruk. Teruk tahap aku tak faham maksud jati diri.
-masalah2 sepalu bertembung dengan aku.lagi dielak lagi datang.bila tak elak dikata mengudang. Dunia2..
Dll....
So boleh dikatakan dzul ni dah besar dah. Tak macam dulu , tulis pun sekejap besar sekejap kecik..
Aku janjikan diri aku yang aku akan jadi lagi kuat. Masalah boleh datang seribu kali , seribu kali jugaklah aku akan melawan..
Dah nak subuh ni..aku minta diri dulu ye.Assalamualaikum
Wednesday, May 13, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment